Monday, August 24, 2009

Sambungan Kisah Aku

Aku memulakan zaman persekolahan rendah di Sek Keb Rawang, Muar, Johor. Suasana baru, rakan taulan baru, kehidupan baru. Aku merupakan seorang yang agak pemalu. Memang sukar untuk berkawan pada ketika itu. Ianya mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan keserasian.

Namun aku teruskan pembelajaran aku. Satu peristiwa yang sukar untuk dilupakan adalah, ketika aku berada di darjah satu. Kerana sifat malu dan takut untuk memberitahu guru, aku telah melakukan sesuatu yang amat memalukan..... Buang Air Besar Dalam Seluar!!!

Mereka yang lebih senior di sekolah langsung mengejekku, aku terasa amat malu. Apakan daya, mungkin aku tidak dapat mengawal kesakitan perutku pada ketika itu, aku pun tidak tahu. Aku meneruskan pengajianku, menunjukkan kebolehanku. Aku tidak peduli perkara yang telah lepas walaupun masih berbaur kesedihan.

Aku seorang pelajar yang sederhana di dalam kelas. baik dari segi penampilan dan juga kepandaian. Semasa di darjah 1, aku mempunyai seorang kawan yang agak pendiam, namanya muhammad saat jika aku tidak silap, jika bertanya dia akan menjawab sepatah, tidak bercakap, bergaul, makan dan minum dibawa sendiri dan yang paling pelik adalah, semasa waktu rehat dia akan berdiri tegak diluar kelas seorangan diri. Tetapi agak mengejutkan apabila semasa di darjah dua, aku diberitahu bahawa beliau telah meninggal dunia atas sebab - sebab yang tidak diketahui. Al-Fatihah kepada arwah. Wajahnya masih terlintas di sudut terpencil pemikiranku ini.

bersambung... Cerita tentang permulaan sekolah Agama...

No comments:

Post a Comment

Covid-19 Masih Mengganas di Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam kasih kepada semua. Setahun lebih telah berlalu posting yang saya published iaitu tahun lepas. Tidak banyak masa,...