Thursday, August 6, 2009

Sambungan Kisah Aku

Aku mendapat tempat kedua ketika di TADIKA. Tempat pertama seorang gadis di kampung nenekku. Dulu aku amat meminati dia. Agak lawa orangnya. Aku kecil - kecil lagi dah minat pada kaum hawa. mungkin aku ni cepat matang kot.

Banyak peristiwa yang aku dapt ingati sehingga hari ini ketika aku di TADIKA. Yang paling aku tidak boleh lupa adalah semasa mengikuti rombongan ke Bandar Melaka. Aku dapat duduk disisi orang yang aku minati semasa di dalam bas. Bahagianya rasa. Tapi yang paling senronoknya adalah apabila dia letakkan kepalanya di bahu aku dan lena. aku terasa sangat gembira.

Perasaan itu tidak dapat aku bayangkan....

Tetapi prasangka itu tidak lama. Aku telah dibawa oleh ayahku bersama - sama keluargaku berpindah ke rumah nenek sebelah ayah di Kampung Rawang, Muar, Johor. Maka bermulalah satu episod baru dalam hidup aku.

Bersambung....

No comments:

Post a Comment

Covid-19 Masih Mengganas di Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam kasih kepada semua. Setahun lebih telah berlalu posting yang saya published iaitu tahun lepas. Tidak banyak masa,...