Kali ini penulis ingin berkongsi pengalaman bercuti di Sydney, salah sebuah bandaraya mewah di Australia. Penulis telah berangkat ke sana bersama-sama keluarga tercinta dengan menaiki kereta. Perjalanan memakan masa 8 jam lebih. Penulis telah menetap di Malaysia Hall Sydney kerana kosnya lebih murah.
Setelah check in dan berehat, penulis membawa keluarga pada sebelah malamnya bersiar-siar di kawasan Sydney Bridge Harbour berhampiran dengan Luna Park, salah satu kawasan bersuka ria terutama untuk kanak-kanak.
Pada hari berikutnya, penulis telah membawa keluarga bersiar-siar dengan menaiki City sightseeing explorer bus mengelilingi bandaraya Sydney. Memandangkan ianya merupakan hop on and off, kita boleh turun dimana-mana sahaja perhentian yang telah ditetapkan dan boleh naik semula di perhentian yang ditetapkan.
lokasi pertama menjadi persinggahan adalah di IMAX worlds largest screen berhampiran dengan Darling Harbour. Kami bersiar-siar, mengambil gambar dan sebagainya. Sempat membeli buahtangan di Hard Rock Cafe Sydney.
Kemudian kami meneruskan langkah, naik semula bas dan singgah di Circular Quay untuk menaiki feri menyeberangi sungai yang terbentang luas menghala ke Luna Park. Disana kami menaiki ferris wheel sambil menikmati keindahan bandaraya Sydney dari atas.
Kami menaiki semula feri mengelilingi kawasan Sydney sebelum turun semula di Circular Quay. Naik semula bas dan membawa kami mengelilingi bandaraya. Walaupun lawatan kami agak singkat namun penulis berasa agak berpuas hati. InsyaAllah kalau ada masa lagi pasti akan ketemu lagi bandaraya Sydney.

Best ye..saya akan ke sana bulan 9 nnt...mmg tatau langsung pasal sydney..main gamble je nnt. Sy stay kat base backpackers. Bole bg tips tak..apa yg perlu sy buat sebaik tiba di sydney? Mcm mana nk beli tiket2 nk ke tmpt menarik kat sana tu? Huhu..takut n teruja sebenarnya ni.
ReplyDeleteMemang best dan terbaik. Sy travel dari Melbourne dgn kereta about 9 hours. sepangjang perjalanan banyak juga tempat menarik yg boleh dilawati. Kalau nak melihat seluruh kawasan sydney I suggest beli tiket bas sightseeing, nanti boleh naik bas dua tingkat mcm double decker, boleh ambil gambar, berhenti di check point yg anda suka dan naik semula terpulang. antara tempat menarik di sana seperti bondi beach, opera house, luna park dan banyak lagi boleh surf di internet.
ReplyDeleteHomestay with halal food package contact kay.abubakar@gmail.com
ReplyDeletedekat mana homestay tu? pls share. thanks.
Delete