Saturday, May 29, 2021

Covid-19 Masih Mengganas di Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam kasih kepada semua.

Setahun lebih telah berlalu posting yang saya published iaitu tahun lepas. Tidak banyak masa, nak buka pun malas. Perangai manusia, bila banyak platform lain yang lebih advance dan popular, platform yang konvensional seperti blog ini akan mudah dilupakan. Begitulah seadanya.

Ya, Virus Covid-19 masih belum hilang setelah hampir 2 tahun. Semakin mengganas dengan varian yang baharu. Semakin sukar dikawal dan diubati. Dari varian UK, Afrika, Brazil dan India, semuanya sangat merbahaya dan menggila. Pelbagai cara mungkin telah digunakan untuk membendung wabak ini daripada berleluasa dan tersebar, namun belum juga menjumpai solusi yang berkesan.

Ini disangkal pula oleh sikap manusia yang degil dan tidak menghiraukan situasi semasa yang agak kritikal ini. Ya, mereka tidak nampak virus ini berterbangan. Namun, ianya wujud. Segala langkah pencegahan, SOP yang dikeluarkan semestinya perlu kita patuhi setiap masa. Adakah kita patuh?

Angka harian kini telah mencecah 10 ribu. PKP secara total akan dilaksanakan semula. Harapan kita semua agar langkah ini wajar dan dapat mengurangkan kadar kes dan jangkitan di Malaysia. Semoga kita semua patuh dan jaga diri masing-masing.

Saya doakan kepada semua rakyat Malaysia agar sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan juga sejahtera di samping keluarga yang tercinta. Perangi Virus ini habis-habisan. Kita bantu antara satu sama lain untuk menghindari perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Vaksin telah bermula, wajar untuk kita menerima vaksin sebagai langkah wajar bersedia menghadapi virus ini. Ikhtiar itu penting.

Salam sayang kepada semua. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Covid-19 Masih Mengganas di Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam kasih kepada semua. Setahun lebih telah berlalu posting yang saya published iaitu tahun lepas. Tidak banyak masa,...