Saturday, January 14, 2012

Peribahasa yang Dikaji semula...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

ternyata setelah diteliti, dikaji oleh sebilangan ahli bahasa dan cendekiawan begitu juga perbincangan yang berpanjangan di dalam laman internet, maka disini saya juga ingin berkongsi akan pendapat serta penyataan yang sebenar akan maksud 2 Peribahasa yang secara logiknya menemui maksud yang sebenar.

Peribahasa yang pertama menjadi bualan ramai adalah Harapkan Pagar, Pagar makan padi. Jika ianya diambil serius, bagaimana pagar boleh memakan padi? ia adalah tidak logik sama sekali walhal pagar adalah sejenis benda dan tidak bernyawa. Antara hasil kajian yang dibuat dan diutarakan, antara kekhilafan yang berlaku adalah kerana terjemahan tulisan jawi lama kepada tulisan rumi. Maka oleh kerana berkemungkinan terjemahan yang tidak meliputi secara praktikal, ianya telah disalah anggap dan wujudlah perkataan PAGAR yang mana yang sebenarnya adalah PEGAR. Pegar adalah merupakan sejenis burung yang dibela oleh manusia untuk menjaga tanaman padi daripada serangan serangga, belalang dan haiwan perosak padi.

 

Gambar diatas adalah merupakan burung pegar yang dibela. Maka di dalam konteks ini, sahlah bahawa terdapat kesilapan yang tidak dapat dielakkan yang telah dilalui sekian lama tanpa sebarang hujah. Maksud peribahasa yang sebenar adalah Harapkan Pegar, Pegar makan padi. Jadi disini ternyata perkara tersebut perlu diperbetulkan semula supaya tidak menjadi kekeliruan yang nyata kepada generasi yang mendatang.

Peribahasa yang kedua menjadi perdebatan adalah Seperti melepaskan Batuk di tangga. Kalau mengikut logik akal apakah kena mengena melepaskan batuk di tangga dengan melaksanakan kerja separuh jalan atau tidak bersungguh-sungguh. Sekali kemungkinan besar adalah kekhilafan di dalam menterjemahkan bahasa jawi kepada bahasa rumi. kaedah pengejaan secara tidak baku menyebabkan kepada permasalahan ini mahupun mungkin perkataan yang tidak diketahui asal usulnya. Di dalam hal ini, perkataan batuk yang dimaksudkan adalah bukannya berdeham atau mengeluarkan bunyi kuat daripada mulut, melainkan adalah BATOK iaitu nama sejenis alat seperti gayung yang diperbuat daripada tempurung dan batangnya kebiasaan daripada buluh atau kayu. Ianya digunakan oleh masyarakat dahulu kala untuk membersihkan kaki dengan air yang diambil daripada tempayan sebelum memasuki rumah.

Maka dengan ini, perkataan sebenar adalah Seperti melepaskan Batok di tangga, kerana tidak meletakkannya semula di tempat yang sebenar, ianya diumpamakan seperti melaksanakan kerja separuh jalan. Maka dengan ini terungkai sedikit kesulitan di dalam memahami maksud peribahasa yang sebenar.

Penulis ingin berkongsi maklumat ini dengan kawan-kawan dan sahabat sekalian. Terima kasih kerana sudi membaca. Wassalam.


Friday, January 13, 2012

Percutian ke Sydney

Kali ini penulis ingin berkongsi pengalaman bercuti di Sydney, salah sebuah bandaraya mewah di Australia. Penulis telah berangkat ke sana bersama-sama keluarga tercinta dengan menaiki kereta. Perjalanan memakan masa 8 jam lebih. Penulis telah menetap di Malaysia Hall Sydney kerana kosnya lebih murah.

Setelah check in dan berehat, penulis membawa keluarga pada sebelah malamnya bersiar-siar di kawasan Sydney Bridge Harbour berhampiran dengan Luna Park, salah satu kawasan bersuka ria terutama untuk kanak-kanak.

Pada hari berikutnya, penulis telah membawa keluarga bersiar-siar dengan menaiki City sightseeing explorer bus mengelilingi bandaraya Sydney. Memandangkan ianya merupakan hop on and off, kita boleh turun dimana-mana sahaja perhentian yang telah ditetapkan dan boleh naik semula di perhentian yang ditetapkan.

lokasi pertama menjadi persinggahan adalah di IMAX worlds largest screen berhampiran dengan Darling Harbour. Kami bersiar-siar, mengambil gambar dan sebagainya. Sempat membeli buahtangan di Hard Rock Cafe Sydney.

Kemudian kami meneruskan langkah, naik semula bas dan singgah di Circular Quay untuk menaiki feri menyeberangi sungai yang terbentang luas menghala ke Luna Park. Disana kami menaiki ferris wheel sambil menikmati keindahan bandaraya Sydney dari atas.

Kami menaiki semula feri mengelilingi kawasan Sydney sebelum turun semula di Circular Quay. Naik semula bas dan membawa kami mengelilingi bandaraya. Walaupun lawatan kami agak singkat namun penulis berasa agak berpuas hati. InsyaAllah kalau ada masa lagi pasti akan ketemu lagi bandaraya Sydney.

Covid-19 Masih Mengganas di Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam kasih kepada semua. Setahun lebih telah berlalu posting yang saya published iaitu tahun lepas. Tidak banyak masa,...