Saturday, December 29, 2012

Selamat Kembali ke Tanah Air

Alhamdulillah,

Itu ungkapan ringkas yang penuh makna apabila menjejakkan kaki ke Tanah air, tanah tumpahnya darahku, Malaysia. Setelah hampir 2 tahun aku berpijak di bumi asing dan jauh, akhirnya aku kembali jua untuk bersama - sama keluarga yang tercinta.

Pengalaman di tempat orang tidak akan aku lupakan selagi hayat dikandung badan. Ianya akan menjadi suatu memori yang indah di dalam hidupku. Kini aku kembali, untuk memperjuangkan serta mengabdikan diri kepada Agama, Bangsa dan Negara yang dicintai.

Semoga Allah Taala memberkati perjuangan hidupku ini, Insyaa Allah.

Wednesday, December 19, 2012

Selamat Tinggal Australia

Assalamualaikum,

Perjalananku selama 2 tahun di Australia sudah sampai ke kemuncaknya. Tirai akan berlabuh, diriku dan keluarga akan pulang ke tanah air yang tercinta.

Sungguh banyak pengalaman yang telah ditempuhi selama hidupku di Tanah Besar Selatan ini. Serba serbi berbeza dengan keadaan di Tanah Semenanjung. Dari Flora dan Faunanya, gaya hidupnya, taraf hidup dan banyak lagi.

Selama 2 tahun juga aku dan keluarga bergelumang dengan komuniti yang asing dan sunyi sama sekali. Sunyi yang dimaksudkan adalah tidak kedengarannya laungan Azan, tiada masjid, hanya kedengaran rakaman di dalam Laptop dan Handphone. Tatkala pernah jua cuba untuk melakukannya sendiri namun khuatir gangguan kepada penduduk sekeliling yang majoritinya bukan Islam.

Namun begitu, masyarakat di sini sangat positif, open minded dan tidak pernah mendiskriminasikan agama. Agama adalah hak universal dan tiada kekangan yang nyata dapat dilihat. Tidak salah untuk aku nyatakan bahawa Australia mempunyai potensi untuk menjadi negara yang mempunyai multi cultural region yang sangat baik dan harmoni. Walaupun bisa juga ada sekelumit perdebatan dan masalah, namun ianya tidak berapa terkesan dengan arus permodenan hidup bermasyarakat di sini.

Aku pasti akan merindukan segala rutin aku di sini. Isnin hingga jumaat bertugas dengan sepenuh hati di samping kelompok asing, niat hanya Allah Taala sahaja yang tahu, aku melaksanakan tugas aku. Jumaat ke Masjid Turki di Thomastown. Pasti aku akan merindukan khutbah dwibahasa yang amat ringkas dan memadai. Aku turut akan merindukan Pasar Preston yang menyajikan segala keperluan utama keluargaku. Sabtu dan Ahad hari bersama keluarga, dipenuhkan dengan aktiviti yang menggembirakan dan menceriakan. Itulah namanya kualiti hidup.

Australia, ini merupakan kali kedua aku akan meninggalkan dikau sejak kali pertama pada tahun 2004. Kali ini paling terkesan kerana proses hayat yang lebih lama dihabiskan bersama. Insyaa Allah jika diizinkan Allah Taala kita akan ketemu lagi.

D-3 to my beloved country, Malaysia. Sampai jumpa lagi.

Wassalam.

Sunday, November 25, 2012

Puisi Tanah Selatan

Tanah Selatan
Engkau mekar luas di kaki bumi
Diwarnai dengan pelbagai variasi
Manusia, haiwan, tumbuhan juga entiti
Ada yang biasa, luarbiasa dan juga ilusi

Tanah Selatan
Persinggahanku hanya sementara
Aturan takdir dari yang Maha Esa
Untuk mencari nafkah, ukhwah dan segala
Agar amal dan bakti diperkenankan olehNya

Tanah Selatan
Walaupun emas engkau dihujani
Tetapku pilih batu untuk menghiasi
Ke tanah Semenanjung aku kembali
Kerana itulah Ibu Pertiwi

nukilanku....
* Tanah Selatan = Australia

Sunday, November 4, 2012

Last Call for Correlle...

 RM350.00
 RM350.00
RM350.00










Masih ada peluang lagi kepada sesiapa yang ingin menempah set Correlle ini. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya sama ada di email neo_quest@hotmail.com ataupun melalui blog ini. Sekian, terima kasih.

Tuesday, October 9, 2012

Lawatan Kerja di Canberra

                                  Sambutan Hari ATM ke-79

                                 Cockington Green Gardens

                                  Dinosour museum

                                 Floriade Festival

                                  Floriade Festival

                                  Restoran Rotihouse


Sempena Sambutan Hari ATM ke-79, penulis bersama - sama dengan keluarga telah menghadirkan diri ke Canberra, Ibu Negara Australia untuk turut sama memeriahkan Majlis Sambutan di High Commissioner Malaysia. Setelah tamat majlis tersebut, penulis bersama - sama keluarga meluangkan sedikit masa melawati tempat - tempat menarik disini.

Friday, September 14, 2012

Pedang Ku

Tiada ungkapan dapat digambarkan akan keunikannya. betapa kemas, teliti dan halusnya karya manusia dapat direalisasikan kepada pedang ini.

Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H

Assalamualaikum, Disini penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca, Umat Islam di seluruh dunia. Semoga kita semua akan diberikan kebahagiaan, keberkatan dan kemuliaan di sisi Allah Taala.

Happy Eid Ul Fitr, Eid Mubarak.

Wassalam.

Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadhan 1433H

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bertemu di ruangan bicara blog lagi. Di sini penulis ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak Kareem, selamat menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Bulan yang mulia dan penuh dengan barakah.

Sebagai umat Islam, kita perlu meningkatkan lagi keimanan dan juga ketakwaan kepada Allah Taala. Perbanyakkan ibadah tidak kira waktu. Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya, InsyaAllah.

Seluruh umat Islam yang beriman di seluruh dunia sangat menantikan kedatangan bulan ini setiap tahun Hijrah kerana ingin mengejarkan pahala yang berlipat kali ganda.

Marilah kita sama-sama mengimarahkan bulan yang mulia ini semoga kita semua mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah Subhanahu Wataala. InsyaAllah.

Wassalam. 

Monday, June 25, 2012

Iman yang merasai Kemanisan Iman

Assalamualaikum,

Kita berdiskusi lagi berkenaan Iman di dalam diri manusia. mari kita baca dan lihat akan perbezaannya. Iman itu ada beberapa sifat:

1. Iman Taklid - maknanya iman kerana ikut-ikutan, tanpa ilmu. Iman ini tertolak.

2. Iman Ilmu - Seorang yang sudah punyai ilmu tentang agama tetapi tiada penghayatan di dalam hatinya. Iman sekadar pada akal, bukan di hati (tiada kemahuan di dalam beragama).

3. Iman 'Ayan - (Mujahadah) ada ilmu agama dan ada keinginan untuk melaksanakan segala perintah syariah tetapi masih perlu bermujahadah.

4. Iman Haq - (Subsidi atau anugerah Allah Taala yang boleh diraih dengan usaha berterusan) Hanya iman tahap ini yang merasai kemanisan iman. menurut perintah dan meninggalkan larangan terasa mudah. Malah ada kelazatan dalam beribadah.

Wallahua'lam.

Thursday, May 31, 2012

Memburu Kemanisan Iman

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bertemu lagi kita di ruangan blog ini, semoga kita dapat memanfaatkannya sebaik mungkin. Kali ini saya ingin berkongsi dengan semua yang mengintai blog ini tentang langkah agresif memburu kemanisan Iman.

Ingatlah kepada dua perkara:

1. Kebaikan orang kepada kita - kebaikan orang kepada kita hendaklah selalu diingat. orang yang pernah menolong kita dengan nasihat, wang ringgit, tenaga dan sebagainya. lebih-lebih lagi nikmat Allah S.W.T kepada kita perlu disyukuri. Firman Allah Taala yang bermaksud : "Dan terhdap nikmat tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur)." (Surah Al-Duha 93:11)

2. Kesalahan kita kepada orang - Hendaklah senantiasa ingat kesalahan kita kepada orang lain agar terdorong kita meminta maaf. Berazamlah agar tidak mengulangi kesalahan seperti itu lagi pada masa-masa akan datang. Lebih perlu kita mengingati dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah Taala. ini akan menimbulkan rasa insaf, takut, menyesal yang akhirnya mendorong kita bertaubat kepada Allah Taala. Ingatlah, bahawa dosa yang menyebabkan kita menangis adalah lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.

Lupakan Dua Perkara:

1. Kebaikan kita kepada orang - Jangan sesekali mengungkit-ungkit jasa dan kebaikan kita kepada orang lain. Hakikatnya kita hanya menjadi wasilah kepada nikmat Allah Taala yang hendak diberikanNya kepada manusia lain. Sikap mengenang dan mengungkit kebaikan diri ini akan membatalkan amal. Lebih-lebih lagi, perkara yang kita perlu lupakan adalah segala amal ibadah yang telah dilakukan. Perbuatan mengingati ibadah yang telah dikerjakan akan mencalarkan keikhlasan. Sedangkan segala-galanya dilakukan atas hidayah Allah Taala jua. Oleh sebab itu, setelah beramal rasakan seolah-olah kita tidak beramal. Dengan itu kita akan selamat daripada rasa ujub, sum'ah, riyak atau bangga diri.

2. Kejahatan orang terhadap kita - Anggaplah tidak ada sesiapa yang bersalah dengan kita. ini akan membantu kita mengawal rasa marah dan dendam. kita hanya hamba Allah Taala. Lebih-lebih lagi kita perlu lupakan adalah segala kesusahan, ujian, musibah atau malapetaka yang Allah Taala timpakan. Sedarlah bahawa kesakitan, kematian, kerugian, kemalangan, kegagalan, malapetaka, penyakit dan sebagainya itu hanya mehnah daripada Allah Taala untuk 'memujuk' manusia kembali kepadaNya.

Wallahualam. Wassalam

Thursday, May 17, 2012

Bergambar Bersama Tim AASAM dari Malaysia

Bergambar bersama Tim AASAM dari Malaysia yang berada di Puckapunyal selama 3 minggu. Turut bersama DA Malaysia di Canberra. Baru selesai bersarapan di rumah saya.

Tuesday, May 1, 2012

Puisi Aman

Dimanakah keamanan yang dicari
Dimanakah kesejahteraan yang ingin dikecapi
Apakah tiada lagi pertimbangan antara kami
Pun jua persefahaman dan keserasian di dalam diri

Apakah kehancuran yang ingin dinikmati
Sehingga agama dan bangsa kita belakangi
Hanya untuk mendapat kepuasan diri sendiri
Tanpa memikirkan kesatupaduan yang murni

Dimanakah irama zapin yang didendangkan
Kemanakah alunan ghazal yang dilagukan
Apakah dengan sebelah tangan berkemampuan
Memegang erat jalur keamanan dan kemakmuran

Wahai bangsaku, Wahai negaraku
Janganlah kaku, Janganlah beku,
Sinar harapanmu perlulah satu,
Semoga senantiasa bahagia kehidupanmu,
Duniamu dan Akhiratmu.
Insya Allah.

Hasil Nukilanku HNI

Friday, April 20, 2012

Memetik Epal dan Strawberry



Salam pertemuan kembali, kali ini penulis ingin membawa anda semua menikmati pengalaman penulis dan keluarga pergi ke tempat yang diberi nama Bacchus Marsh, tempat yang dipenuhi dengan ladang buah-buahan seperti strawberri, epal dan sebagainya. Ianya terletak lebih kurang 50km ke barat dari Bandaraya Melbourne.

Ini merupakan pengalaman kali pertama penulis dan keluarga memetik sendiri buah-buahan tersebut. Sungguh segar dan sedap untuk dinikmati. Sesungguhnya pengalaman seperti ini memberikan seribu makna kepada penulis dan ahli keluarga tercinta dalam menikmati keindahan suasana sambil memakan buah-buahan yang segar dari ladang. Bacchus Marsh, a place to pick something fresh.

Tuesday, April 10, 2012

Pesta Bunga Antarabangsa di Melbourne







Pada 31 Mac 2012 kami sekeluarga telah meluangkan masa untuk melihat keindahan ciptaan tuhan iaitu bunga-bungaan yang mempunyai pelbagai warna, bentuk dan rupa semuanya cantik dan indah-indah belaka, Subhanallah. Lihat sajalah gambar yang ditonjolkan, sangat menarik bukan.

Monday, April 2, 2012

Perkara Yang Membatalkan Solat

Menurut mazhab al-Syafi'i, perkara yang membatalkan Solat adalah seperti di bawah:

1. Jika salah satu rukun solat tidak dikerjakan atau sengaja ditinggalkan.
2. Berlaku hadas kecil atau besar.
3. Terkena najis secara langsung atau yang tidak dapat dimaafkan pada badan, pakaian atau tempat solat.
4. Berkata-kata dengan perkataan yang bukan lafaz dalam solat, dengan dua perkataan yang tidak boleh difahami.
5. Terbuka aurat dengan sengaja sehingga kelihatan 1/4 daripada anggota wuduknya. Walau bagaimanapun, sekiranya dengan pantas ia menutup kembali, maka tidak membatalkan solat menurut al-Syafi'i dan Hanbali.
6. Makan atau minum walaupun sedikit kerana ia bertentangan dengan sifat solat. Solat juga batal jika makan dengan banyak walaupun dalam keadaan terlupa. Demikian menurut al-Syafi'i dan Hanbali.
7. Mengubah niat ketika sedang solat, misalnya berniat memutuskan solat.
8. Bergerak besar mana-mana anggota berturut-turut sebanyak tiga kali, seperti melangkah atau berjalan. Maksud berturut-turut ialah apabila dikira setiap satu pergerakan terpisah dengan yang lain. Bagaimanapun, pergerakan yang sedikit tidak membatalkan solat berdalilkan kepada tindakan Nabi S.A.W. yang pernah membuka pintu untuk Aisyah semasa Baginda sedang solat.
Rasulullah S.A.W. juga pernah mendukung cucunya bernama Umamah, yang mana semasa solat Baginda meletakkan di tepi ketika sujud dan apabila ingin bangkit berdiri, Baginda S.A.W. kembali mendukungnya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
9. Beralih dada dari arah kiblat tanpa uzur yang kuat menurut Hanafi dan al-Syafi'i. Maliki mempunyai pandangan lain.
10. Menambah rukun yang berupa perbuatan seperti rukuk dan sujud.
11. Ketawa terbahak-bahak. Jika sekadar senyum, ia tidak membatalkan solat.
12. Mendahului Imam.
13. Murtad.

Sunday, March 11, 2012

Koleksi Terbaru Correlle untuk Tempahan

Berikut adalah merupakan keluaran-keluaran terbaru koleksi Correlle. Kepada yang berminat boleh membuat tempahan daripada sekarang.


 RM350.00
 RM 350.00
 RM 350.00
 RM 350.00
 RM 250.00
RM 300.00

Friday, February 24, 2012

Summer in Victoria, Australia

Sekarang adalah merupakan musim panas di kawasan Victoria, Australia. Keadaan panas di sini adalah amat berbeza sekali dengan panas di Malaysia. suhu maksimum kadang - kadang boleh mencecah sehingga 40 darjah celsius. tersangat panas dan tidak sesuai untuk terdedah kepada cahaya terlalu lama kerana sinaran UV yang agak tinggi. Ini kerana ianya boleh menyebabkan kanser kulit. Kalau nak keluar kena menggunakan krim sunscreen.

Wednesday, February 8, 2012

Perjalanan Yang Tiada Noktah

 
Cuba kau selami kejadian alam ini,
indahnya sungguh tiada terperi,
tiada apa yang dapat menandingi,
kecuali Allah yang maha mengasihi.
 
Alam ini telah diciptakan,
untuk direnungi, dikaji umat manusia sekalian,
akan kebesaran dan keajaiban ciptaan tuhan,
semoga taat, tunduk dan patuh akan segala tuntutan.
 
Perlu fahami akan perjalanan dunia,
tiada noktahnya selagi belum sampai tikanya,
tatkala arahan telah kunjung tiba,
hancurlah alam, kejadian ditimpa sangkakala.
 
Wahai anak, wahai ayah, wahai ibu,
tingkatkanlah ketakwaan selagi termampu,
sebelum sampai tika dan waktu,
untuk bekalan pada masa itu.

Friday, February 3, 2012

Petua Mendapat Ilmu yang Banyak dan Berkat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bagaimana ingin mendapat ilmu yang paling banyak dan berkat. Berikut adalah panduan yang didapati sebagai panduan dan renungan semua InsyaAllah.

1. Niat yang ikhlas. Tuntut ilmu kerana Allah Taala, niat untuk keluar dari dunia jahil dan untuk dimanfaatkan.
2. Jauhi Maksiat.
3. Tuntutlah ilmu walau dimana kita berada.
4. Bersyukur.
5. Memohon hidayah daripada Allah Taala.
6. Zuhud. Tidak tamak kepada harta.
7. Mengulangkaji.
8. Elakkan bosan dalam belajar.

InsyaAllah jika diamalkan moga mendapat ilmu yang banyak dan berkat dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Wassalam.

Tuesday, January 24, 2012

Surah Al- Fatihah dan Terjemahan

Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.

Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ianya dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.

Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ianya merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.

Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

(1)"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani" بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

(2)"Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam" الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

(3)"Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani" الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ

(4)"Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)" مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

(5)"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan" إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

(6)"Tunjukilah kami jalan yang lurus" اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

(7)"Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat" صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Sunday, January 15, 2012

Kepada peminat dan berminat membeli Correlle

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Disini saya ingin membuka peluang kepada semua yang merupakan peminat dan juga berminat untuk membeli set pinggan jenama Correlle. Correlle adalah merupakan jenama yang tidak asing lagi di dalam pengeluaran set pinggan mangkuk yang berkualiti tinggi. Antara spesifikasinya adalah tahan pecah, rekabentuk dan corak yang menarik dan dijamin ketahanannya. Harga yang ditawarkan amat-amatlah berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua. Berikut adalah antara stok yang ada dan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Corak City Blocks, 16 pieces. Harga RM300.00

Corak City Gardens, 16 pieces. Harga RM300.00

Corak Classic Red Cafe, 16 pieces. Harga RM200.00

Corak Floral Connection, 16 pieces. Harga RM300.00

Corak Geometric, 16 pieces. Harga RM300.00

Corak Mandarin Flower, 16 pieces. Harga RM350.00

Corak Provincial Blue, 16 pieces. Harga RM300.00

Corak Ribbons and Swirls, 16 pieces. Harga RM300.00

Corak Secret Gardens, 16 pieces. Harga RM300.00

Harga yang ditawarkan adalah berdasarkan kajian yang telah dibuat dan juga setelah mengambil kira segala kos yang terlibat. Harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah berbanding harga pasaran semasa di Malaysia. Anda boleh lihat harga pasaran semasa melalui laman-laman web yang ada. Dengan ini kepada yang telah lama mengidamkan jenama ini dapat membelinya dan sememangnya amat berbaloi dan puas hati.

kepada yang berminat boleh membuat tempahan daripada sekarang dan ianya akan dipasarkan bermula awal tahun hadapan. Sila email di alamat neo_quest@hotmail.com.


Saturday, January 14, 2012

Peribahasa yang Dikaji semula...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

ternyata setelah diteliti, dikaji oleh sebilangan ahli bahasa dan cendekiawan begitu juga perbincangan yang berpanjangan di dalam laman internet, maka disini saya juga ingin berkongsi akan pendapat serta penyataan yang sebenar akan maksud 2 Peribahasa yang secara logiknya menemui maksud yang sebenar.

Peribahasa yang pertama menjadi bualan ramai adalah Harapkan Pagar, Pagar makan padi. Jika ianya diambil serius, bagaimana pagar boleh memakan padi? ia adalah tidak logik sama sekali walhal pagar adalah sejenis benda dan tidak bernyawa. Antara hasil kajian yang dibuat dan diutarakan, antara kekhilafan yang berlaku adalah kerana terjemahan tulisan jawi lama kepada tulisan rumi. Maka oleh kerana berkemungkinan terjemahan yang tidak meliputi secara praktikal, ianya telah disalah anggap dan wujudlah perkataan PAGAR yang mana yang sebenarnya adalah PEGAR. Pegar adalah merupakan sejenis burung yang dibela oleh manusia untuk menjaga tanaman padi daripada serangan serangga, belalang dan haiwan perosak padi.

 

Gambar diatas adalah merupakan burung pegar yang dibela. Maka di dalam konteks ini, sahlah bahawa terdapat kesilapan yang tidak dapat dielakkan yang telah dilalui sekian lama tanpa sebarang hujah. Maksud peribahasa yang sebenar adalah Harapkan Pegar, Pegar makan padi. Jadi disini ternyata perkara tersebut perlu diperbetulkan semula supaya tidak menjadi kekeliruan yang nyata kepada generasi yang mendatang.

Peribahasa yang kedua menjadi perdebatan adalah Seperti melepaskan Batuk di tangga. Kalau mengikut logik akal apakah kena mengena melepaskan batuk di tangga dengan melaksanakan kerja separuh jalan atau tidak bersungguh-sungguh. Sekali kemungkinan besar adalah kekhilafan di dalam menterjemahkan bahasa jawi kepada bahasa rumi. kaedah pengejaan secara tidak baku menyebabkan kepada permasalahan ini mahupun mungkin perkataan yang tidak diketahui asal usulnya. Di dalam hal ini, perkataan batuk yang dimaksudkan adalah bukannya berdeham atau mengeluarkan bunyi kuat daripada mulut, melainkan adalah BATOK iaitu nama sejenis alat seperti gayung yang diperbuat daripada tempurung dan batangnya kebiasaan daripada buluh atau kayu. Ianya digunakan oleh masyarakat dahulu kala untuk membersihkan kaki dengan air yang diambil daripada tempayan sebelum memasuki rumah.

Maka dengan ini, perkataan sebenar adalah Seperti melepaskan Batok di tangga, kerana tidak meletakkannya semula di tempat yang sebenar, ianya diumpamakan seperti melaksanakan kerja separuh jalan. Maka dengan ini terungkai sedikit kesulitan di dalam memahami maksud peribahasa yang sebenar.

Penulis ingin berkongsi maklumat ini dengan kawan-kawan dan sahabat sekalian. Terima kasih kerana sudi membaca. Wassalam.


Covid-19 Masih Mengganas di Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam kasih kepada semua. Setahun lebih telah berlalu posting yang saya published iaitu tahun lepas. Tidak banyak masa,...