Sunday, April 3, 2011

Bertemu Kembali

Salam pertemuan kepada semua. Sudah sekian lama aku tidak online di dalam blog ini. Terkadang hampir aku terlupa bahawa aku mempunyai laman blog. Alhamdulillah kini aku berada di Australia menjalankan tanggungjawab aku kepada negara. Sesungguhnya ini adalah merupakan rezeki kurniaan Allah S.W.T dan aku amat mensyukurinya. Apa yang perlu adalah aku harus meneruskan tanggungjawab yang diberikan ini bagi meneruskan perjuangan kehidupan aku.

Sudah hampir 3 bulan aku berada di negara orang. Pada mulanya aku bersendirian dan terasa sepi. tetapi Alhamdulillah setelah keluarga aku sampai 5 Mac yang lepas, segalanya terubat. Cuaca di sini agak berbeza dengan Malaysia. Agak sejuk walaupun pada musim panas. Aku dan keluarga terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sini. Setakat ini kehidupan di sini tidaklah seteruk mana. Masih dapat berjumpa dengan bangsa seagama dan juga sebangsa. Makan dan minum juga mudah untuk dicari, segalanya berjalan lancar.

Setakat ini dulu celoteh yang dapat aku berikan. Lain kali ada idea aku bercoret lagi. Wassalam.



No comments:

Post a Comment

Covid-19 Masih Mengganas di Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam kasih kepada semua. Setahun lebih telah berlalu posting yang saya published iaitu tahun lepas. Tidak banyak masa,...