Salam kepada semua. Minggu ni di Australia cuti yang agak panjang sempena sambutan Easter dan juga ANZAC day. Sempena mengambil peluang ini, aku membawa keluargaku melawati salah satu tempat menarik di Melbourne iaitu Melbourne Aquarium. Pengalaman yang diabadikan di dalam gambar menunjukkan betapa meriah dan seronoknya terutama anak sulungku yang seronok melihat gelagat ikan yang berenang - renang. Ada masa dan peluang bawalah keluarga pergi berjalan dan berseronoklah...
Saturday, April 23, 2011
Thursday, April 14, 2011
Jalan - Jalan Luas pandangan, Bertambah Pengetahuan
Alhamdulillah, bila family dah sampai mulalah cari peluang untuk berjalan - jalan. Orang tua2 kata makan angin la. Banyak juga tempat telah dikunjungi. Tetapi di dalam radius 200km from Melbourne je. Antara tempat yang telah dikunjungi Melbourne, Shepparton, Bendigo.
Perancangan akan datang ingin menuju ke Phillip Island dan juga Great Ocean Road. Cuma menunggu masa yang sesuai jer..
Perancangan akan datang ingin menuju ke Phillip Island dan juga Great Ocean Road. Cuma menunggu masa yang sesuai jer..
A simple Malay guy came from the South of Peninsular
Sunday, April 3, 2011
Bertemu Kembali
Salam pertemuan kepada semua. Sudah sekian lama aku tidak online di dalam blog ini. Terkadang hampir aku terlupa bahawa aku mempunyai laman blog. Alhamdulillah kini aku berada di Australia menjalankan tanggungjawab aku kepada negara. Sesungguhnya ini adalah merupakan rezeki kurniaan Allah S.W.T dan aku amat mensyukurinya. Apa yang perlu adalah aku harus meneruskan tanggungjawab yang diberikan ini bagi meneruskan perjuangan kehidupan aku.
Sudah hampir 3 bulan aku berada di negara orang. Pada mulanya aku bersendirian dan terasa sepi. tetapi Alhamdulillah setelah keluarga aku sampai 5 Mac yang lepas, segalanya terubat. Cuaca di sini agak berbeza dengan Malaysia. Agak sejuk walaupun pada musim panas. Aku dan keluarga terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sini. Setakat ini kehidupan di sini tidaklah seteruk mana. Masih dapat berjumpa dengan bangsa seagama dan juga sebangsa. Makan dan minum juga mudah untuk dicari, segalanya berjalan lancar.
Setakat ini dulu celoteh yang dapat aku berikan. Lain kali ada idea aku bercoret lagi. Wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Covid-19 Masih Mengganas di Malaysia
Assalamualaikum dan Salam kasih kepada semua. Setahun lebih telah berlalu posting yang saya published iaitu tahun lepas. Tidak banyak masa,...
-
Kali ini penulis ingin berkongsi pengalaman bercuti di Sydney, salah sebuah bandaraya mewah di Australia. Penulis telah berangkat ke sana be...
-
Dimanakah keamanan yang dicari Dimanakah kesejahteraan yang ingin dikecapi Apakah tiada lagi pertimbangan antara kami Pun jua persefaham...
-
Tiada ungkapan dapat digambarkan akan keunikannya. betapa kemas, teliti dan halusnya karya manusia dapat direalisasikan kepada pedang ini...