Saturday, November 12, 2011

Thomas the Train

Pada hari sabtu 12 Nov 11 kami sekeluarga telah meluangkan masa untuk pergi ke stesen emerald. Aktiviti yang dilaksanakan disana adalah Thomas the tank engine yang famous untuk kanak2 di tv. Kami sekeluarga berasa seronok dan amat berpuas hati dengan acara yang diadakan ini. Rugi kalau x pergi. Happy weekend.

Saturday, October 8, 2011

Belanjawan 2012

Salam pertemuan.

Kali ini saya tertarik untuk membincangkan tentang isu semasa di Malaysia. Belum pernah lagi saya merungkaikan perkara seperti ini sebelum ini. Pada tanggal 7 Oktober 2011 Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan Belanjawan Negara bagi tahun 2012. Belanjawan yang dianggap akan dapat mengutamakan rakyat dan juga pembangunan negara secara mutlak dan di samping itu dapat membentuk sahsiah negara yang berjaya.

Daripada apa yang telah dibentangkan, antara lain adalah berkenaan kajian semula kenaikan gaji pekerja di sektor awam yang agak telah lama tidak dikaji secara menyeluruh. Maka bermula pada tahun hadapan, kenaikan gaji bagi kakitangan kerajaan akan ditambah antara 7 ke 13 peratus. Ini diharap dapat merungkaikan matlamat negara berpendapatan tinggi suatu hari nanti.

Banyak lagi sektor-sektor lain yang mendapat manfaat daripada pembentangan belanjawan ini. Ia seharusnya dapat memberikan petunjuk yang lebih positif kepada pembangunan negara. Pemberian subsidi yang setimpal juga membolehkan negara mengimbangi ekonomi negara dengan lebih baik.

Sesungguhnya sebagai rakyat Malaysia yang tercinta, kita seharusnya bersyukur kerana dapat menikmati kedamaian dan keharmonian walaupun berbilang kaum. Carilah peluang yang ada untuk memastikan kita senantiasa berada di landasan yang betul. InsyaAllah.

Sama-samalah kita menjayakan program transformasi negara ke arah yang lebih cemerlang. Tidak lupa terima kasih kepada Kerajaan diatas bonus setengah bulan gaji yang akan diberikan pada bulan Disember.

Assalamualaikum.

Monday, September 19, 2011

Puisi Di Persinggahan Rantauan Ini

Tiba-tiba aku terbangun
Tangan dilintang atas dahiku
Aku berfikir
Aku mengelamun
Setiap detik amat bermakna
Dalam kehidupan ini
Setiap saat umpama tasbih
Yang dipegang dan dipetik
Satu persatu
Membilang waktu yang berlalu

Di Rantauan ini
Aku singgah mencari erti
Erti kehidupan jua erti kekuatan
Akan kucengkam kugenggam
Agar menjadi sokong dan dokong
Mengukuhkan kejadian aku
Di fana ini

Di Rantauan ini
Terus akan berdiri
Diatas kudrat dan iradat yang diberi
Tanpa rasa jemu dan bosan
Meniti setiap ranjau dan angau
Agar aku dapat bersua lagi
Di persinggahan Rantauan yang aku
Cari........

by Hairul Nizam bin Ibrahim.



Thursday, August 4, 2011

Monday, July 11, 2011

Pertama Kali bertemu salji

Salam pertemuan kembali. setelah beberapa ketika tidak meluangkan masa di ruangan blog, hah kali ni nak bercetera sedikit berkenaan dengan pengalaman pertama kali bertemu dengan suasana salji. Inilah pertama kali dalam hidupku aku bertemu dengan cuaca sejuk ini. kulihat pemandangan sekeliling yang putih salju dan bersih dilitupi ais beku. Aku terasa betapa indahnya kejadian Allah Taala itu untuk umat manusia menikmatinya. Tidak akan dapat kulupa akan pengalaman ini lebih-lebih lagi menikmatinya bersama keluarga tercinta.

Wassalam...

Saturday, May 21, 2011

Musim Luruh di Melbourne

Musim luruh sudah menjelma di kawasan Melbourne, Australia. Satu kembara pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan. Tiada apa yang menarik selain melihat daun kering yang berguguran ditambah dengan angin dingin yang menyelubungi suasana. Gambar diatas dihasilkan di sebuah kawasan berhampiran dengan Grattan Street, sebenarnya dok menunggu kedai nasi lemak buka. Akhirnya pergi makan di kedai Es Teler di kawasan itu.

Covid-19 Masih Mengganas di Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam kasih kepada semua. Setahun lebih telah berlalu posting yang saya published iaitu tahun lepas. Tidak banyak masa,...