Saturday, October 8, 2011

Belanjawan 2012

Salam pertemuan.

Kali ini saya tertarik untuk membincangkan tentang isu semasa di Malaysia. Belum pernah lagi saya merungkaikan perkara seperti ini sebelum ini. Pada tanggal 7 Oktober 2011 Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan Belanjawan Negara bagi tahun 2012. Belanjawan yang dianggap akan dapat mengutamakan rakyat dan juga pembangunan negara secara mutlak dan di samping itu dapat membentuk sahsiah negara yang berjaya.

Daripada apa yang telah dibentangkan, antara lain adalah berkenaan kajian semula kenaikan gaji pekerja di sektor awam yang agak telah lama tidak dikaji secara menyeluruh. Maka bermula pada tahun hadapan, kenaikan gaji bagi kakitangan kerajaan akan ditambah antara 7 ke 13 peratus. Ini diharap dapat merungkaikan matlamat negara berpendapatan tinggi suatu hari nanti.

Banyak lagi sektor-sektor lain yang mendapat manfaat daripada pembentangan belanjawan ini. Ia seharusnya dapat memberikan petunjuk yang lebih positif kepada pembangunan negara. Pemberian subsidi yang setimpal juga membolehkan negara mengimbangi ekonomi negara dengan lebih baik.

Sesungguhnya sebagai rakyat Malaysia yang tercinta, kita seharusnya bersyukur kerana dapat menikmati kedamaian dan keharmonian walaupun berbilang kaum. Carilah peluang yang ada untuk memastikan kita senantiasa berada di landasan yang betul. InsyaAllah.

Sama-samalah kita menjayakan program transformasi negara ke arah yang lebih cemerlang. Tidak lupa terima kasih kepada Kerajaan diatas bonus setengah bulan gaji yang akan diberikan pada bulan Disember.

Assalamualaikum.

Monday, September 19, 2011

Puisi Di Persinggahan Rantauan Ini

Tiba-tiba aku terbangun
Tangan dilintang atas dahiku
Aku berfikir
Aku mengelamun
Setiap detik amat bermakna
Dalam kehidupan ini
Setiap saat umpama tasbih
Yang dipegang dan dipetik
Satu persatu
Membilang waktu yang berlalu

Di Rantauan ini
Aku singgah mencari erti
Erti kehidupan jua erti kekuatan
Akan kucengkam kugenggam
Agar menjadi sokong dan dokong
Mengukuhkan kejadian aku
Di fana ini

Di Rantauan ini
Terus akan berdiri
Diatas kudrat dan iradat yang diberi
Tanpa rasa jemu dan bosan
Meniti setiap ranjau dan angau
Agar aku dapat bersua lagi
Di persinggahan Rantauan yang aku
Cari........

by Hairul Nizam bin Ibrahim.



Thursday, August 4, 2011

Monday, July 11, 2011

Pertama Kali bertemu salji

Salam pertemuan kembali. setelah beberapa ketika tidak meluangkan masa di ruangan blog, hah kali ni nak bercetera sedikit berkenaan dengan pengalaman pertama kali bertemu dengan suasana salji. Inilah pertama kali dalam hidupku aku bertemu dengan cuaca sejuk ini. kulihat pemandangan sekeliling yang putih salju dan bersih dilitupi ais beku. Aku terasa betapa indahnya kejadian Allah Taala itu untuk umat manusia menikmatinya. Tidak akan dapat kulupa akan pengalaman ini lebih-lebih lagi menikmatinya bersama keluarga tercinta.

Wassalam...

Saturday, May 21, 2011

Musim Luruh di Melbourne

Musim luruh sudah menjelma di kawasan Melbourne, Australia. Satu kembara pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan. Tiada apa yang menarik selain melihat daun kering yang berguguran ditambah dengan angin dingin yang menyelubungi suasana. Gambar diatas dihasilkan di sebuah kawasan berhampiran dengan Grattan Street, sebenarnya dok menunggu kedai nasi lemak buka. Akhirnya pergi makan di kedai Es Teler di kawasan itu.

Thursday, May 12, 2011

Lawatan DA ke Rumah Aku

Hari ini tanggal 13 Mei 2011 adalah tarikh buat pertama kalinya DA (Kol Hasan Loman) datang melawat Pegawai tumpangan Malaysia di Puckapunyal. Lawatan beliau juga adalah juga mengambil kesempatan terhadap Demonstrasi Chong Ju yang dilaksanakan oleh Tentera Darat Australia.


Seawal pukul 9 pagi beliau telah sampai dan telah dijemput oleh aku untuk bertandang ke rumah. Dihidangkan sarapan pagi oleh isteri aku Nasi Dagang, Nasi impit kuah kacang dan juga kuih cek mek molek. Orang Kelantan la katakan. Setelah selesai menjamu selera, DA berhajat untuk bertemu dan berbicara dengan anggota - anggota Menembak Tentera Darat Malaysia yang berada di sini. Sesungguhnya lawatan ini amat bermakna kerana ini adalah merupakan pertama kali beliau berjumpa dengan Pegawai tumpangan di Puckapunyal dan juga pertama kali datang bertandang ke rumah aku. Selepas makan tengahari di rumah pada jam 430 petang, beliau dan isteri bergerak pulang.

Covid-19 Masih Mengganas di Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam kasih kepada semua. Setahun lebih telah berlalu posting yang saya published iaitu tahun lepas. Tidak banyak masa,...