Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadhan 1433H

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bertemu di ruangan bicara blog lagi. Di sini penulis ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak Kareem, selamat menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Bulan yang mulia dan penuh dengan barakah.

Sebagai umat Islam, kita perlu meningkatkan lagi keimanan dan juga ketakwaan kepada Allah Taala. Perbanyakkan ibadah tidak kira waktu. Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya, InsyaAllah.

Seluruh umat Islam yang beriman di seluruh dunia sangat menantikan kedatangan bulan ini setiap tahun Hijrah kerana ingin mengejarkan pahala yang berlipat kali ganda.

Marilah kita sama-sama mengimarahkan bulan yang mulia ini semoga kita semua mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah Subhanahu Wataala. InsyaAllah.

Wassalam. 

Monday, June 25, 2012

Iman yang merasai Kemanisan Iman

Assalamualaikum,

Kita berdiskusi lagi berkenaan Iman di dalam diri manusia. mari kita baca dan lihat akan perbezaannya. Iman itu ada beberapa sifat:

1. Iman Taklid - maknanya iman kerana ikut-ikutan, tanpa ilmu. Iman ini tertolak.

2. Iman Ilmu - Seorang yang sudah punyai ilmu tentang agama tetapi tiada penghayatan di dalam hatinya. Iman sekadar pada akal, bukan di hati (tiada kemahuan di dalam beragama).

3. Iman 'Ayan - (Mujahadah) ada ilmu agama dan ada keinginan untuk melaksanakan segala perintah syariah tetapi masih perlu bermujahadah.

4. Iman Haq - (Subsidi atau anugerah Allah Taala yang boleh diraih dengan usaha berterusan) Hanya iman tahap ini yang merasai kemanisan iman. menurut perintah dan meninggalkan larangan terasa mudah. Malah ada kelazatan dalam beribadah.

Wallahua'lam.

Thursday, May 31, 2012

Memburu Kemanisan Iman

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bertemu lagi kita di ruangan blog ini, semoga kita dapat memanfaatkannya sebaik mungkin. Kali ini saya ingin berkongsi dengan semua yang mengintai blog ini tentang langkah agresif memburu kemanisan Iman.

Ingatlah kepada dua perkara:

1. Kebaikan orang kepada kita - kebaikan orang kepada kita hendaklah selalu diingat. orang yang pernah menolong kita dengan nasihat, wang ringgit, tenaga dan sebagainya. lebih-lebih lagi nikmat Allah S.W.T kepada kita perlu disyukuri. Firman Allah Taala yang bermaksud : "Dan terhdap nikmat tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur)." (Surah Al-Duha 93:11)

2. Kesalahan kita kepada orang - Hendaklah senantiasa ingat kesalahan kita kepada orang lain agar terdorong kita meminta maaf. Berazamlah agar tidak mengulangi kesalahan seperti itu lagi pada masa-masa akan datang. Lebih perlu kita mengingati dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah Taala. ini akan menimbulkan rasa insaf, takut, menyesal yang akhirnya mendorong kita bertaubat kepada Allah Taala. Ingatlah, bahawa dosa yang menyebabkan kita menangis adalah lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.

Lupakan Dua Perkara:

1. Kebaikan kita kepada orang - Jangan sesekali mengungkit-ungkit jasa dan kebaikan kita kepada orang lain. Hakikatnya kita hanya menjadi wasilah kepada nikmat Allah Taala yang hendak diberikanNya kepada manusia lain. Sikap mengenang dan mengungkit kebaikan diri ini akan membatalkan amal. Lebih-lebih lagi, perkara yang kita perlu lupakan adalah segala amal ibadah yang telah dilakukan. Perbuatan mengingati ibadah yang telah dikerjakan akan mencalarkan keikhlasan. Sedangkan segala-galanya dilakukan atas hidayah Allah Taala jua. Oleh sebab itu, setelah beramal rasakan seolah-olah kita tidak beramal. Dengan itu kita akan selamat daripada rasa ujub, sum'ah, riyak atau bangga diri.

2. Kejahatan orang terhadap kita - Anggaplah tidak ada sesiapa yang bersalah dengan kita. ini akan membantu kita mengawal rasa marah dan dendam. kita hanya hamba Allah Taala. Lebih-lebih lagi kita perlu lupakan adalah segala kesusahan, ujian, musibah atau malapetaka yang Allah Taala timpakan. Sedarlah bahawa kesakitan, kematian, kerugian, kemalangan, kegagalan, malapetaka, penyakit dan sebagainya itu hanya mehnah daripada Allah Taala untuk 'memujuk' manusia kembali kepadaNya.

Wallahualam. Wassalam

Thursday, May 17, 2012

Bergambar Bersama Tim AASAM dari Malaysia

Bergambar bersama Tim AASAM dari Malaysia yang berada di Puckapunyal selama 3 minggu. Turut bersama DA Malaysia di Canberra. Baru selesai bersarapan di rumah saya.

Tuesday, May 1, 2012

Puisi Aman

Dimanakah keamanan yang dicari
Dimanakah kesejahteraan yang ingin dikecapi
Apakah tiada lagi pertimbangan antara kami
Pun jua persefahaman dan keserasian di dalam diri

Apakah kehancuran yang ingin dinikmati
Sehingga agama dan bangsa kita belakangi
Hanya untuk mendapat kepuasan diri sendiri
Tanpa memikirkan kesatupaduan yang murni

Dimanakah irama zapin yang didendangkan
Kemanakah alunan ghazal yang dilagukan
Apakah dengan sebelah tangan berkemampuan
Memegang erat jalur keamanan dan kemakmuran

Wahai bangsaku, Wahai negaraku
Janganlah kaku, Janganlah beku,
Sinar harapanmu perlulah satu,
Semoga senantiasa bahagia kehidupanmu,
Duniamu dan Akhiratmu.
Insya Allah.

Hasil Nukilanku HNI

Friday, April 20, 2012

Memetik Epal dan Strawberry



Salam pertemuan kembali, kali ini penulis ingin membawa anda semua menikmati pengalaman penulis dan keluarga pergi ke tempat yang diberi nama Bacchus Marsh, tempat yang dipenuhi dengan ladang buah-buahan seperti strawberri, epal dan sebagainya. Ianya terletak lebih kurang 50km ke barat dari Bandaraya Melbourne.

Ini merupakan pengalaman kali pertama penulis dan keluarga memetik sendiri buah-buahan tersebut. Sungguh segar dan sedap untuk dinikmati. Sesungguhnya pengalaman seperti ini memberikan seribu makna kepada penulis dan ahli keluarga tercinta dalam menikmati keindahan suasana sambil memakan buah-buahan yang segar dari ladang. Bacchus Marsh, a place to pick something fresh.

Tuesday, April 10, 2012

Pesta Bunga Antarabangsa di Melbourne







Pada 31 Mac 2012 kami sekeluarga telah meluangkan masa untuk melihat keindahan ciptaan tuhan iaitu bunga-bungaan yang mempunyai pelbagai warna, bentuk dan rupa semuanya cantik dan indah-indah belaka, Subhanallah. Lihat sajalah gambar yang ditonjolkan, sangat menarik bukan.

Covid-19 Masih Mengganas di Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam kasih kepada semua. Setahun lebih telah berlalu posting yang saya published iaitu tahun lepas. Tidak banyak masa,...