Sunday, December 26, 2010

Gone to Australia

I am counting days now. 15th of January will be the D-day for me to move on with my job and tasks given. I will be leaving Malaysia for almost 2 years. My new home for the next 2 years will be much more different from current lifestyle. Australia, here I come... God please give me strength and patient to gone through all the matters there. I hope it will make me more happier and enjoyable time to me and my family... Friends who read this, please pray for me. Thank you...

Saturday, September 4, 2010

Kelahiran Anakku yang Kedua

Assalamualaikum.

Pada tanggal tarikh 24 Ogos 2010 maka lahirlah ke dunia zuriatku yang kedua. Alhamdulillah isteriku selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Nur Laila Asyiqin. Walaupun terpaksa menjalani kaedah pembedahan caeserean, aku bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana semuanya selamat.

Kini aku mempunyai 2 anak perempuan yang menjadi penyeri di dalam kehidupan aku dan isteri. Semoga keluargaku diberikan kebahagiaan dan kerahmatan Allah Taala. InsyaAllah.

Tuesday, July 6, 2010

Sambungan Sejarah Solat 5 Waktu

ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan Solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s, iaitu tatkala Allah S.W.T telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim a.s sebanyak empat rakaat.

Rakaat Pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat Ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah S.W.T.
Rakaat Keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Bersambung...

Tuesday, June 29, 2010

Sejarah Solat 5 Waktu

SUBUH:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam A.S iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam A.S pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

BERSAMBUNG

Monday, June 14, 2010

Jangan Berkata 'KALAULAH'

Hadis Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda:

Orang Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang Mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan akhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata " kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini atau begitu"; akan tetapi katakanlah " takdir Allah, dan Allah berbuat sekehendakNya". sesungguhnya perkataan kalaulah hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.

Wednesday, May 5, 2010

Persatuan Olahraga Tentera Darat

Persatuan Olahraga Tentera Darat. Satu ketumbukan yang akan mencurahkan segala bakti dan tenaga dalam menentukan kejayaan yang cemerlang kepada Tentera Darat amnya dan Angkatan Tentera Khasnya.

Bertambahnya Cucu Ibrahim dan Minah

Salam pertemuan,

pada tanggal hari isnin 3 mei 10 bertambahlah seorang lagi cucu kepada mak dan ayahku. so sekarang dah jadi 3 orang. InsyaAllah bulan 8 ni tambah lagi sorang iaitu anak aku yang kedua. Semoga Allah merahmati dan melindungi kehidupan kami sekeluarga. Adik aku selamat melahirkan bayi perempuan. Belum dapat tengok lagi. InsyaAllah hujung minggu ni balik Johor lagi untuk menziarahi mereka. Maklumlah lately kerja agak banyak dan perlu diberikan tumpuan. Itu sahaja buat masa ini....

Covid-19 Masih Mengganas di Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam kasih kepada semua. Setahun lebih telah berlalu posting yang saya published iaitu tahun lepas. Tidak banyak masa,...