Saturday, May 29, 2021

Covid-19 Masih Mengganas di Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam kasih kepada semua.

Setahun lebih telah berlalu posting yang saya published iaitu tahun lepas. Tidak banyak masa, nak buka pun malas. Perangai manusia, bila banyak platform lain yang lebih advance dan popular, platform yang konvensional seperti blog ini akan mudah dilupakan. Begitulah seadanya.

Ya, Virus Covid-19 masih belum hilang setelah hampir 2 tahun. Semakin mengganas dengan varian yang baharu. Semakin sukar dikawal dan diubati. Dari varian UK, Afrika, Brazil dan India, semuanya sangat merbahaya dan menggila. Pelbagai cara mungkin telah digunakan untuk membendung wabak ini daripada berleluasa dan tersebar, namun belum juga menjumpai solusi yang berkesan.

Ini disangkal pula oleh sikap manusia yang degil dan tidak menghiraukan situasi semasa yang agak kritikal ini. Ya, mereka tidak nampak virus ini berterbangan. Namun, ianya wujud. Segala langkah pencegahan, SOP yang dikeluarkan semestinya perlu kita patuhi setiap masa. Adakah kita patuh?

Angka harian kini telah mencecah 10 ribu. PKP secara total akan dilaksanakan semula. Harapan kita semua agar langkah ini wajar dan dapat mengurangkan kadar kes dan jangkitan di Malaysia. Semoga kita semua patuh dan jaga diri masing-masing.

Saya doakan kepada semua rakyat Malaysia agar sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan juga sejahtera di samping keluarga yang tercinta. Perangi Virus ini habis-habisan. Kita bantu antara satu sama lain untuk menghindari perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Vaksin telah bermula, wajar untuk kita menerima vaksin sebagai langkah wajar bersedia menghadapi virus ini. Ikhtiar itu penting.

Salam sayang kepada semua. Wassalam.

Sunday, May 10, 2020

Pasca Covid 19 dan New Normal of life

Covid 19 is the current pandemic virus that had spread throughout the countries in the world in 2020. But let me start with fresh greet to all of you who have read this as I am not update the blog for a quite sometimes.

The world is affect with the new kind of virus, don't know where actually it came from and how it start. But whatever it is, peoples shown mixed emotions about it. Let us spread the feeling of concern and safety about ourselves during this period of time. Stay safe, stay at home, keep distancing and keep clean.

New Normal is happening right now. New way of life, but the most important thing is to put yourself have faith and pray for the better of life and hereafter.

Sunday, October 6, 2019

Visit and Subscribe my Youtube Channel (HNIbrahim Channel)

Assalamualaikum, Salam sejahtera and Good Day.

Setelah beberapa lama dan ketika, saya kembali untuk mengemaskini, update apa yang terkini dan yang baru dari saya.

Its been a while, but glad to inform all of you that I do have my youtube channel. It has been a long time, but now got the time to focus and make something great through the channel. For example, the trending video, experience and adventure to the place I went with my family.

Diharapkan sesiapa yang lalu channel saya, sila subscribe dan berpeluang untuk melihat hasil kerja yang terbaik, InsyaaAllah.

Have it go and see my channel at HNIbrahim Channel

See You all again. Thank You.


Friday, April 12, 2019

MENETAP DI CANBERRA SELAMA SETAHUN

Assalamualaikum

Bertemu lagi di ruangan Blog saya. Ada kesempatan masa untuk mengemaskinikan ruangan ini. Kini saya berada di Bumi Australia. Dan saya dan keluarga menetap di Canberra untuk tempoh selama setahun sehingga tamat pengajian saya di sini.

Alhamdulillah, kini dah masuk musim luruh. Kesejukan dah mula menyelubungi suasana. Ini akan menjadi pengalaman yang kembali diingati apabila kali pertama berada di Australia 8 tahun yang lepas. Pengalaman yang indah dan akan diingati oleh kami sekeluarga.

Buat masa ini, pengajian telah hampir 4 bulan terlaksana. Cabaran semakin tinggi dan memerlukan komitmen dan tumpuan yang tinggi. InsyaaAllah senantiasa berdoa agar dipermudahkan perjalanan pengajian ini. Satu pengalaman baru yang akan disimpan sebagai kenangan buat masa-masa akan datang.

Sampai setakat ini dahulu, ketemu di lain masa dan ketika.

Wassalam, Salam Hormat.

Saturday, December 8, 2018

Kembali Ke Bumi Down Under

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Telah terlalu lama tidak ke udara di ruangan blog. Al maklum terlalu banyak medium lain untuk berbicara, berhubung mesra sesama sahabat-sahabat dan juga saudara mara. Alhmadulillah masih lagi diberikan kesempatan untuk terus hidup di dunia ini dan memberikan manfaat yang seadanya.

Untuk pengetahuan semua, saya telah kembali ke bumi Australia. Alhamdulillah diberikan rezeki untuk berada di Negara ini, meneruskan tuntutan kerjaya. Ini adalah merupakan kali ketiga saya berada di Negara ini. Kali ini, InsyaaAllah selama setahun. Saya akan melanjutkan Kursus Perkhidmatan di samping melanjutkan pelajaran di peringkat Master. Alhamdulillah. Doakan saya dapat meneruskan sehingga ke akhirnya dan berjaya. Aamiin.

Setakat ini sahaja dahulu coretan saya. Akan saya sambung di lain masa dan ketika.

TQ

Sunday, October 2, 2016

U-80 smartwatch for sale

Come and get this popular product. Jualan di Seluruh Malaysia. Tertakluk kepada stok. Harga Jualan termasuk pos di Semenanjung RM 80.00 sahaja. Sabah dan Sarawak RM 90.00 sahaja. Kepada yang berminat sila email di neo_quest@hotmail.com atau whatsapp di 012-6233632. TQ.

Product details of Smart Watch U80 Bluetooth Wireless Connect for Android Smart Device (Black;Red;White)

  • 1.48" Capacitive Touch Screen TFT LCD
  • Time / Date / Week / Battery state display 
  • Ringing reminder when you receive a call 
  • Ringing reminder once your mobile phone disconnected 
  • Display the number or name of incoming calls 
  • Answer or Dial calls from your wrist 
  • Stopwatch function 
  • Support hands-free calls 
  • Play the music in your phone (after Bluetooth paring) 
  • Sync phone book/SMS/call history(only for android phone) 
  • Ring reminder when your Android 2.3 or above smart phone receive a message. 
  • Anti-lost alarm function: When cellphone left watch alarm automatically, after a certain distance to avoid lose the phones 
  • Remote taking photo function:You can control your cellphone to take photo from your wrist. 
  • Altitude Meter, Pedometer, Photograph, Barometer, Vibration 
Product specifications
  • Material: Steel + Silicon 
  • Bluetooth Version: Bluetooth V3.0+EDR 
  • Bluetooth Protocol: A2DP + HFP 1.5 + HS P 1.2 
  • Range of Frequency: 2.4GHz spectrum 
  • Ambient Noise: ≤75dB 
  • Transmitting Range: ≥10m 
  • Language Support: English, Chinese 
  • Charging Time: about 1 hour 
  • Talk Time: about 3 hours 
  • Music Play Time: about 6 hours 
  • Standby Time: about 160 hours 
  • Power Supply: Built-in 230mAh rechargeable battery
This is a new U8 SmartWatch U Watch which is compatible with all Bluetooth V2.0 or above enabled smartphones, tablets and PCs (support Android 2.3 or above),such as Sumsung S3, S4, Note 2, Note 3, Note 4 etc.
Uwatch U8 Bluetooth watch, a nice smart companion to Android devices. It has many different functions and works ever perfectly than other watches: Bleutooth, phonebook, dialer, messaging, call log, notifications, music, remote monitoring via camera, settings, power saving, barometer, pedometer and stopwatch.


Specifications of Smart Watch U80 Bluetooth Wireless Connect for Android Smart Device (Black;Red;White)

What's in the box:
  • 1 x Smart Watch U8
  •  1
  •  x Mirco USB Cable
  •  1
  •  x User Manual
General Features:
SKUSM048ELAA4IEAMANMY-8988668
3D TVNo
Apperture (f/ numer)0.0
Average Recording Time (Hours)0.0
Bag Size0.0
Blade Side (inches)0.0
Channels0.0
Charging Time0.0
Close Focus (Ft)0.0
ConditionNew
Curved TVNo
Display Size0.0
Energy rating (stars)0.0
Folded Length0.0
Length0.0
Lens Diameter0.0
Magnification0.0
Max Length (mm)0.0
Max Load capacity (gram)0.0
Maximum Operating Height (centimeters)0.0
Megapixels0.0
Minimum Rated Standby Time (Hours)0.0
ModelU80
Optical Sensor Resolution (megapixels)0.0
Optical Zoom0.0
Compatible Operating System
Speed of Processor (GHz)0.0
Size (L x W x H)2.5 x 0.4 x 0.1
Weight0.44
Screen Size (inches)0.0
Watch Size


Monday, July 18, 2016

LAMANYA AKU TIDAK KEMASKINI

Assalamualaikum,

fuh memang lama gila aku tak update status sejak yang terakhir. So, hari ini mula conteng baliklah. For your information, currently I am staying at Kuching, Sarawak. Beautiful places, kalau tidak percaya boleh datang melawat ke sini. Hari ini juga merupakan hari terakhir aku berpuasa sunat 6 hari di bulan syawal. Semoga mendapat keberkatan InshaaAllah.

I will try to update from time to time. See you all again soon. Wassalam.

Wednesday, July 29, 2015

Happy Eid Mubarak

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Semoga berbahagia dan mendapat kesejahteraan sewajarnya di hari yang mulia ini, InsyaAllah.

Not to forget to all my friends in Aussie, miss u all.

Monday, July 13, 2015

It has been a while

Assalamualaikum and good day. It has been a while after my last post. Lama x menjenguk blog sendiri. Maybe it has been a busy life lately.

Ramadhan dah semakin hampir ke penghujungnya, maka Syawal pula akan menjelma. Salam Aidilfitri saya ucapkan kepada blogger sekalian yang beragama Islam.

Semoga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Taala, InsyaAllah.

Semoga ketemu kembali di lain bicara, Wassalam..

Friday, October 10, 2014

Budget oh budget

Assalamualaikum and a very good day.

At this moment feel to post my blog in English, whatever. it's been a long time to update my blog, maybe a few months right now. And it's time to update with a new interesting story to highlight.

Yesterday the government had approved with a new strategic budget for upcoming year. I'm sure there's a lot of comment and view's from the top brass until the hooker in the street. There's a lot of positive and negative saying spread around. So, what do you think as a citizen about the new budget finding?

I'm sure the government had done their best effort to solved everything in terms of development of Malaysia as a whole for the sake of the country. We as Malaysian need to support all the effort by make it work. Don't judge too soon as you need to think it deeper. Jangan jadi seperti 'katak di bawah tempurung'.

Everyone of us has their own responsibility on this matter. If it's beneficial to you, take it as a gift to considering your future. Everyone will have the opportunity to build up something rather than keep commenting and bravery be as the 'keyboard warrior'. Why don't you take a part as a good citizen to grab all the opportunities and proved yourself that you can change the country to be the best country in the World.

But definitely, don't leave back your religion. It must be align and get along together. InsyaAllah the success will be achieved someday.

Malaysia Boleh. Wassalam.

Sunday, April 27, 2014

Correlle untuk ditempah

Assalamualaikum, apa khabar?

Disini saya ingin mempromosi set pinggan Correlle untuk ditempah dan dibeli. Jika berminat boleh menghubungi saya d email neo_quest@hotmail.com, whatsapp no 0126233632. 

Sekian, Wassalam.

Wednesday, January 8, 2014

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2014. Semoga di tahun yang baru ini kita dapat tingkatkan lagi kejayaan di dunia dan di akhirat. Semoga kita akan sama - sama meningkatkan diri dengan ilmu yang berfaedah dan bermanfaat kepada diri dan juga masyarakat.

Terus maju dan teruskan kejayaan. Selamat Tahun Baru 2014.

Wassalam.

Sunday, August 25, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum,

Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat di mana jua anda berada. Marilah kita sama - sama bermaaf - maafan dan saling kunjung mengunjungi sanak dan saudara. Semoga tali silaturrahim akan dapat dieratkan dan dikekalkan, InsyaAllah.

Wassalam.

Tuesday, July 30, 2013

10 Malam Ramadhan Yang Terakhir

Assalamualaikum, Salam Ramadhan yang mulia.

Lailatul Qadar (Malam Qadar) yang dinyatakan di dalam al-Quran sebagai, “lebih baik daripada seribu bulan” (97:3). Apa-apa ibadah yang dilakukan pada malam ini seperti membaca al-Quran, mengingati Allah, dan lain-lain adalah lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang tidak mengandungi malam Qadar.
Rasulullah saw sendiri memaksa dirinya dengan ketaatan dalam sepuluh malam terakhir  berbanding pada masa lain.  

Aishah (RA) berkata bahawa nabi: Carilah Lailatul Qadr pada malam bernombor ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadan (Bukhari).

Nabi berkata: “Sesiapa sembahyang pada malam Qadar dengan iman dan harapan untuk ganjarannya, semua dosa-dosa sebelum ini akan diampuni.” (Bukhari dan Muslim dari Abu Huraira).

Perbanyakkan amal, Qiamullail, bacaan Al-Quran dan juga bersedekah. Moga kita mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda, InsyaAllah.

Friday, April 26, 2013

Pilihanraya, Masa untuk memilih

Pilihanraya datang lagi. Ini adalah merupakan masa untuk memilih serta menentukan siapa yang rakyat akan pilih di dalam menentukan masa hadapan negara amnya dan rakyat itu sendiri khasnya.

Proses pemilihan ini juga akan dilihat merupakan proses yang perlu dilaksanakan di dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Rakyat yang akan menentukan siapa yang layak untuk berada di tampuk pemerintahan tidak kira daripada parti mana sekalipun, rakyat yang akan memberikan mandat.

Kepada rakyat Malaysia, selamat menjalankan tanggungjawab masing - masing sebagai rakyat Malaysia yang inginkan kesejahteraan, kemakmuran, kemajuan dan kejayaan negara kita malaysia seiring dengan negara maju yang lain serta mengekalkan Malaysia, truly Asia.

InsyaAllah.

Friday, March 8, 2013

Isu di Sabah

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Baru - baru ini negaraku yang tercinta telah dikejutkan dengan peristiwa berdarah yang telah menjadi tajuk utama di media massa, media elektronik dan sebagainya berkenaan dengan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Golongan yang menceroboh ini yang mengaku Tentera Kesultanan Sulu yang lengkap dengan senjata dan sebagainya cuba untuk menuntut hak mereka iaitu Sabah, negeri di bawah bayu.

Dengan isu ini semakin memuncak dengan terjadinya pertumpahan darah yang telah mengorbankan 8 anggota Polis Diraja Malaysia, maka isu ini semakin memuncak dengan ATM dan PDRM telah dikerahkan untuk menangani isu ini dengan lebih agresif.

Negara kita Malaysia merupakan negara yang berdaulat. Negara yang dihuni oleh pelbagai jenis kaum dan di dalam keadaan yang aman dan harmoni, tatasusila yang baik dan bersopan - santun telah dikotori dengan onar yang asalnya dari luar. Sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah, kita wajib mempertahankan hak dan kedaulatan kita.

Didoakan kepada semua warga ATM, PDRM dan juga kepada semua yang terlibat agar senantiasa di bawah lindungan Allah Subhanahu Wataala, dijauhkan daripada segala bala, diberikan kekuatan dan semangat untuk menghadapi tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ini, InsyaAllah.

Semoga Malaysia amnya dan Sabah khasnya akan kembali aman dan tenteram, InsyaAllah.

Wassalam......

Saturday, February 23, 2013

10 AMALAN TERBALIK YANG TIDAK DISEDARI

10 AMALAN TERBALIK YANG TIDAK DISEDARI

Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi ialah:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil.

Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.

Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.

Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Monday, January 14, 2013

Rumahku Syurgaku










Alhamdulillah, setelah hampir 3 minggu, rasanya ada sedikit perubahan kepada rumahku ini daripada kelihatan uzur sebelum ini. InsyaAllah dari masa ke semasa, akan dibaikpulih sedikit demi sedikit untuk kelihatan lebih selesa dan cantik. Rumah merupakan harta yang perlu ada bukan hanya sebagai tempat untuk berteduh, malah dapat memberikan inspirasi kehidupan kepada manusia yang memperolehinya. Sama - sama kita memiliki rumah sahabat - sahabat sekalian.

Saturday, December 29, 2012

Selamat Kembali ke Tanah Air

Alhamdulillah,

Itu ungkapan ringkas yang penuh makna apabila menjejakkan kaki ke Tanah air, tanah tumpahnya darahku, Malaysia. Setelah hampir 2 tahun aku berpijak di bumi asing dan jauh, akhirnya aku kembali jua untuk bersama - sama keluarga yang tercinta.

Pengalaman di tempat orang tidak akan aku lupakan selagi hayat dikandung badan. Ianya akan menjadi suatu memori yang indah di dalam hidupku. Kini aku kembali, untuk memperjuangkan serta mengabdikan diri kepada Agama, Bangsa dan Negara yang dicintai.

Semoga Allah Taala memberkati perjuangan hidupku ini, Insyaa Allah.

Wednesday, December 19, 2012

Selamat Tinggal Australia

Assalamualaikum,

Perjalananku selama 2 tahun di Australia sudah sampai ke kemuncaknya. Tirai akan berlabuh, diriku dan keluarga akan pulang ke tanah air yang tercinta.

Sungguh banyak pengalaman yang telah ditempuhi selama hidupku di Tanah Besar Selatan ini. Serba serbi berbeza dengan keadaan di Tanah Semenanjung. Dari Flora dan Faunanya, gaya hidupnya, taraf hidup dan banyak lagi.

Selama 2 tahun juga aku dan keluarga bergelumang dengan komuniti yang asing dan sunyi sama sekali. Sunyi yang dimaksudkan adalah tidak kedengarannya laungan Azan, tiada masjid, hanya kedengaran rakaman di dalam Laptop dan Handphone. Tatkala pernah jua cuba untuk melakukannya sendiri namun khuatir gangguan kepada penduduk sekeliling yang majoritinya bukan Islam.

Namun begitu, masyarakat di sini sangat positif, open minded dan tidak pernah mendiskriminasikan agama. Agama adalah hak universal dan tiada kekangan yang nyata dapat dilihat. Tidak salah untuk aku nyatakan bahawa Australia mempunyai potensi untuk menjadi negara yang mempunyai multi cultural region yang sangat baik dan harmoni. Walaupun bisa juga ada sekelumit perdebatan dan masalah, namun ianya tidak berapa terkesan dengan arus permodenan hidup bermasyarakat di sini.

Aku pasti akan merindukan segala rutin aku di sini. Isnin hingga jumaat bertugas dengan sepenuh hati di samping kelompok asing, niat hanya Allah Taala sahaja yang tahu, aku melaksanakan tugas aku. Jumaat ke Masjid Turki di Thomastown. Pasti aku akan merindukan khutbah dwibahasa yang amat ringkas dan memadai. Aku turut akan merindukan Pasar Preston yang menyajikan segala keperluan utama keluargaku. Sabtu dan Ahad hari bersama keluarga, dipenuhkan dengan aktiviti yang menggembirakan dan menceriakan. Itulah namanya kualiti hidup.

Australia, ini merupakan kali kedua aku akan meninggalkan dikau sejak kali pertama pada tahun 2004. Kali ini paling terkesan kerana proses hayat yang lebih lama dihabiskan bersama. Insyaa Allah jika diizinkan Allah Taala kita akan ketemu lagi.

D-3 to my beloved country, Malaysia. Sampai jumpa lagi.

Wassalam.

Covid-19 Masih Mengganas di Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam kasih kepada semua. Setahun lebih telah berlalu posting yang saya published iaitu tahun lepas. Tidak banyak masa,...