Friday, April 12, 2019

MENETAP DI CANBERRA SELAMA SETAHUN

Assalamualaikum

Bertemu lagi di ruangan Blog saya. Ada kesempatan masa untuk mengemaskinikan ruangan ini. Kini saya berada di Bumi Australia. Dan saya dan keluarga menetap di Canberra untuk tempoh selama setahun sehingga tamat pengajian saya di sini.

Alhamdulillah, kini dah masuk musim luruh. Kesejukan dah mula menyelubungi suasana. Ini akan menjadi pengalaman yang kembali diingati apabila kali pertama berada di Australia 8 tahun yang lepas. Pengalaman yang indah dan akan diingati oleh kami sekeluarga.

Buat masa ini, pengajian telah hampir 4 bulan terlaksana. Cabaran semakin tinggi dan memerlukan komitmen dan tumpuan yang tinggi. InsyaaAllah senantiasa berdoa agar dipermudahkan perjalanan pengajian ini. Satu pengalaman baru yang akan disimpan sebagai kenangan buat masa-masa akan datang.

Sampai setakat ini dahulu, ketemu di lain masa dan ketika.

Wassalam, Salam Hormat.

Covid-19 Masih Mengganas di Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam kasih kepada semua. Setahun lebih telah berlalu posting yang saya published iaitu tahun lepas. Tidak banyak masa,...