Assalamualaikum, Salam Ramadhan yang mulia.
Lailatul Qadar (Malam Qadar) yang dinyatakan di dalam al-Quran sebagai, “lebih baik daripada seribu bulan” (97:3).
Apa-apa ibadah yang dilakukan pada malam ini seperti membaca al-Quran,
mengingati Allah, dan lain-lain adalah lebih baik daripada beribadah
untuk 1000 bulan yang tidak mengandungi malam Qadar.
Rasulullah saw sendiri memaksa dirinya dengan ketaatan dalam sepuluh malam terakhir berbanding pada masa lain.
Aishah (RA) berkata bahawa nabi: Carilah Lailatul Qadr pada malam bernombor ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadan (Bukhari).
Nabi berkata: “Sesiapa sembahyang pada malam Qadar dengan iman dan harapan untuk ganjarannya, semua dosa-dosa sebelum ini akan diampuni.” (Bukhari dan Muslim dari Abu Huraira).
Perbanyakkan amal, Qiamullail, bacaan Al-Quran dan juga bersedekah. Moga kita mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda, InsyaAllah.