Friday, March 8, 2013

Isu di Sabah

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Baru - baru ini negaraku yang tercinta telah dikejutkan dengan peristiwa berdarah yang telah menjadi tajuk utama di media massa, media elektronik dan sebagainya berkenaan dengan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Golongan yang menceroboh ini yang mengaku Tentera Kesultanan Sulu yang lengkap dengan senjata dan sebagainya cuba untuk menuntut hak mereka iaitu Sabah, negeri di bawah bayu.

Dengan isu ini semakin memuncak dengan terjadinya pertumpahan darah yang telah mengorbankan 8 anggota Polis Diraja Malaysia, maka isu ini semakin memuncak dengan ATM dan PDRM telah dikerahkan untuk menangani isu ini dengan lebih agresif.

Negara kita Malaysia merupakan negara yang berdaulat. Negara yang dihuni oleh pelbagai jenis kaum dan di dalam keadaan yang aman dan harmoni, tatasusila yang baik dan bersopan - santun telah dikotori dengan onar yang asalnya dari luar. Sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah, kita wajib mempertahankan hak dan kedaulatan kita.

Didoakan kepada semua warga ATM, PDRM dan juga kepada semua yang terlibat agar senantiasa di bawah lindungan Allah Subhanahu Wataala, dijauhkan daripada segala bala, diberikan kekuatan dan semangat untuk menghadapi tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ini, InsyaAllah.

Semoga Malaysia amnya dan Sabah khasnya akan kembali aman dan tenteram, InsyaAllah.

Wassalam......

Covid-19 Masih Mengganas di Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam kasih kepada semua. Setahun lebih telah berlalu posting yang saya published iaitu tahun lepas. Tidak banyak masa,...