Sunday, August 25, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum,

Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat di mana jua anda berada. Marilah kita sama - sama bermaaf - maafan dan saling kunjung mengunjungi sanak dan saudara. Semoga tali silaturrahim akan dapat dieratkan dan dikekalkan, InsyaAllah.

Wassalam.

Tuesday, July 30, 2013

10 Malam Ramadhan Yang Terakhir

Assalamualaikum, Salam Ramadhan yang mulia.

Lailatul Qadar (Malam Qadar) yang dinyatakan di dalam al-Quran sebagai, “lebih baik daripada seribu bulan” (97:3). Apa-apa ibadah yang dilakukan pada malam ini seperti membaca al-Quran, mengingati Allah, dan lain-lain adalah lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang tidak mengandungi malam Qadar.
Rasulullah saw sendiri memaksa dirinya dengan ketaatan dalam sepuluh malam terakhir  berbanding pada masa lain.  

Aishah (RA) berkata bahawa nabi: Carilah Lailatul Qadr pada malam bernombor ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadan (Bukhari).

Nabi berkata: “Sesiapa sembahyang pada malam Qadar dengan iman dan harapan untuk ganjarannya, semua dosa-dosa sebelum ini akan diampuni.” (Bukhari dan Muslim dari Abu Huraira).

Perbanyakkan amal, Qiamullail, bacaan Al-Quran dan juga bersedekah. Moga kita mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda, InsyaAllah.

Friday, April 26, 2013

Pilihanraya, Masa untuk memilih

Pilihanraya datang lagi. Ini adalah merupakan masa untuk memilih serta menentukan siapa yang rakyat akan pilih di dalam menentukan masa hadapan negara amnya dan rakyat itu sendiri khasnya.

Proses pemilihan ini juga akan dilihat merupakan proses yang perlu dilaksanakan di dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Rakyat yang akan menentukan siapa yang layak untuk berada di tampuk pemerintahan tidak kira daripada parti mana sekalipun, rakyat yang akan memberikan mandat.

Kepada rakyat Malaysia, selamat menjalankan tanggungjawab masing - masing sebagai rakyat Malaysia yang inginkan kesejahteraan, kemakmuran, kemajuan dan kejayaan negara kita malaysia seiring dengan negara maju yang lain serta mengekalkan Malaysia, truly Asia.

InsyaAllah.

Friday, March 8, 2013

Isu di Sabah

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Baru - baru ini negaraku yang tercinta telah dikejutkan dengan peristiwa berdarah yang telah menjadi tajuk utama di media massa, media elektronik dan sebagainya berkenaan dengan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Golongan yang menceroboh ini yang mengaku Tentera Kesultanan Sulu yang lengkap dengan senjata dan sebagainya cuba untuk menuntut hak mereka iaitu Sabah, negeri di bawah bayu.

Dengan isu ini semakin memuncak dengan terjadinya pertumpahan darah yang telah mengorbankan 8 anggota Polis Diraja Malaysia, maka isu ini semakin memuncak dengan ATM dan PDRM telah dikerahkan untuk menangani isu ini dengan lebih agresif.

Negara kita Malaysia merupakan negara yang berdaulat. Negara yang dihuni oleh pelbagai jenis kaum dan di dalam keadaan yang aman dan harmoni, tatasusila yang baik dan bersopan - santun telah dikotori dengan onar yang asalnya dari luar. Sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah, kita wajib mempertahankan hak dan kedaulatan kita.

Didoakan kepada semua warga ATM, PDRM dan juga kepada semua yang terlibat agar senantiasa di bawah lindungan Allah Subhanahu Wataala, dijauhkan daripada segala bala, diberikan kekuatan dan semangat untuk menghadapi tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ini, InsyaAllah.

Semoga Malaysia amnya dan Sabah khasnya akan kembali aman dan tenteram, InsyaAllah.

Wassalam......

Saturday, February 23, 2013

10 AMALAN TERBALIK YANG TIDAK DISEDARI

10 AMALAN TERBALIK YANG TIDAK DISEDARI

Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi ialah:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil.

Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.

Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.

Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Monday, January 14, 2013

Rumahku Syurgaku










Alhamdulillah, setelah hampir 3 minggu, rasanya ada sedikit perubahan kepada rumahku ini daripada kelihatan uzur sebelum ini. InsyaAllah dari masa ke semasa, akan dibaikpulih sedikit demi sedikit untuk kelihatan lebih selesa dan cantik. Rumah merupakan harta yang perlu ada bukan hanya sebagai tempat untuk berteduh, malah dapat memberikan inspirasi kehidupan kepada manusia yang memperolehinya. Sama - sama kita memiliki rumah sahabat - sahabat sekalian.

Covid-19 Masih Mengganas di Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam kasih kepada semua. Setahun lebih telah berlalu posting yang saya published iaitu tahun lepas. Tidak banyak masa,...