Saturday, December 29, 2012

Selamat Kembali ke Tanah Air

Alhamdulillah,

Itu ungkapan ringkas yang penuh makna apabila menjejakkan kaki ke Tanah air, tanah tumpahnya darahku, Malaysia. Setelah hampir 2 tahun aku berpijak di bumi asing dan jauh, akhirnya aku kembali jua untuk bersama - sama keluarga yang tercinta.

Pengalaman di tempat orang tidak akan aku lupakan selagi hayat dikandung badan. Ianya akan menjadi suatu memori yang indah di dalam hidupku. Kini aku kembali, untuk memperjuangkan serta mengabdikan diri kepada Agama, Bangsa dan Negara yang dicintai.

Semoga Allah Taala memberkati perjuangan hidupku ini, Insyaa Allah.

Wednesday, December 19, 2012

Selamat Tinggal Australia

Assalamualaikum,

Perjalananku selama 2 tahun di Australia sudah sampai ke kemuncaknya. Tirai akan berlabuh, diriku dan keluarga akan pulang ke tanah air yang tercinta.

Sungguh banyak pengalaman yang telah ditempuhi selama hidupku di Tanah Besar Selatan ini. Serba serbi berbeza dengan keadaan di Tanah Semenanjung. Dari Flora dan Faunanya, gaya hidupnya, taraf hidup dan banyak lagi.

Selama 2 tahun juga aku dan keluarga bergelumang dengan komuniti yang asing dan sunyi sama sekali. Sunyi yang dimaksudkan adalah tidak kedengarannya laungan Azan, tiada masjid, hanya kedengaran rakaman di dalam Laptop dan Handphone. Tatkala pernah jua cuba untuk melakukannya sendiri namun khuatir gangguan kepada penduduk sekeliling yang majoritinya bukan Islam.

Namun begitu, masyarakat di sini sangat positif, open minded dan tidak pernah mendiskriminasikan agama. Agama adalah hak universal dan tiada kekangan yang nyata dapat dilihat. Tidak salah untuk aku nyatakan bahawa Australia mempunyai potensi untuk menjadi negara yang mempunyai multi cultural region yang sangat baik dan harmoni. Walaupun bisa juga ada sekelumit perdebatan dan masalah, namun ianya tidak berapa terkesan dengan arus permodenan hidup bermasyarakat di sini.

Aku pasti akan merindukan segala rutin aku di sini. Isnin hingga jumaat bertugas dengan sepenuh hati di samping kelompok asing, niat hanya Allah Taala sahaja yang tahu, aku melaksanakan tugas aku. Jumaat ke Masjid Turki di Thomastown. Pasti aku akan merindukan khutbah dwibahasa yang amat ringkas dan memadai. Aku turut akan merindukan Pasar Preston yang menyajikan segala keperluan utama keluargaku. Sabtu dan Ahad hari bersama keluarga, dipenuhkan dengan aktiviti yang menggembirakan dan menceriakan. Itulah namanya kualiti hidup.

Australia, ini merupakan kali kedua aku akan meninggalkan dikau sejak kali pertama pada tahun 2004. Kali ini paling terkesan kerana proses hayat yang lebih lama dihabiskan bersama. Insyaa Allah jika diizinkan Allah Taala kita akan ketemu lagi.

D-3 to my beloved country, Malaysia. Sampai jumpa lagi.

Wassalam.

Covid-19 Masih Mengganas di Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam kasih kepada semua. Setahun lebih telah berlalu posting yang saya published iaitu tahun lepas. Tidak banyak masa,...