Tuesday, September 1, 2009

Sambungan Kisah Aku

Tahun 1989, aku memulakan persekolahan Sekolah Agama Kerajaan Johor. Aku mendalami bidang Agama Islam dari asas dan sehinggalah seterusnya. Pakaian juga berbeza dengan mengenakan Baju Melayu Cekak Musang dan bersamping hitam.

Sekolah Agama adalah disebelah petang dan Sekolah Kebangsaan di sebelah pagi. Perjalanan ku masih jauh lagi. Aku baru melangkah ke alam yang ilmu yang baru bermula.

Makin ramai kenalan yang aku terima. Dan makin banyak ilmu yang akan aku timba. Minat yang aku tunjukkan semasa di sekolah Agama amat memberangsangkan. Aku pernah diberikan tanggungjawab untuk menjadi Ketua Darjah, Ketua Pengawas.

Aku juga pernah mewakili sekolah untuk mengaji Al-Quran hingga ke peringkat Daerah. juga berzanji. ini semua memberikan pengalaman yang baik untuk aku. semoga ianya diberkati dan dirahmati Allah.

Covid-19 Masih Mengganas di Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam kasih kepada semua. Setahun lebih telah berlalu posting yang saya published iaitu tahun lepas. Tidak banyak masa,...